5 Tips Elak Bawa Pulang Pepijat Ke Rumah Selepas Pulang Dari Bercuti

by Mar 25, 2019ABS Pest Control, Kawalan Serangga Am, Kawalan Serangga Pepijat

Pepijat (Bed Bugs) berbentuk leper dan kemerah-merahan dan ianya berbau sangat busuk. Ia berukuran 4mm ke 5mm atau sebesar biji buah epal. Ianya boleh merebak melalui telur-telur yang ditinggalkan. Pepijat betina boleh mengeluarkan telur 5 biji sehari minima.

Pepijat menyebabkan masalah berikut ;

  • Pepijat membawa penyakit melalui gigitannya.
  • Pepijat menyebabkan kegatalan kronik.
  • Pepijat menyebabkan kudis dibadan.
  • Pepijat mengganggu tidur anda.

Gambar menunjukkan kesan gigitan pepijat dibadan salah seorang pelanggan kami, dirumah sewa mereka, yang menyewa dalam 4 orang didalam satu rumah kondominium bersaiz 1500sqft.

Mengikut cerita daripada mangsa, mereka ber-empat baru pulang bercuti dari luar negara dan ada yang memang selalu (travel) atas dasar kerja. Apabila bercuti, mereka lebih suka memilih hotel bajet untuk kos yang murah dan fleksibel katanya.

Cerita begini selalu kami dengar, para pelanggan kami banyak diserang pepijat (bed bugs) selepas pulang daripada bercuti, tak kira dalam negara atau pun luar negara.

5 Tips elak bawa pulang pepijat ke rumah :

1. Gunakan bag yang tertutup penuh, seperti (Luggage Hardcase & Protector) atau dibungkus dengan (plastic wrap ) ini untuk mengelak pepijat memasuki bag kita semasa diruang kargo kapal laut, kapal terbang, bas atau keretapi.

2. Dibilik hotel, jangan letakkan bag pakaian dan pakaian yang hendak diguna atau sudah diguna diatas lantai atau karpet. Letakkan diatas meja atau tempat tinggi, atau lebih baik letakkan didalam plastik kemudian ikatkan.

3. Setiba dirumah, asingkan pakaian yang dibawa balik dan terus dibasuh secepatnya, masa basuh pun asingkan pakaian dengan pakaian sedia ada dirumah. Ini wajib dilakukan.

4. Bag-bag pakaian yang digunakan semasa bercuti tersebut, kalau.boleh disedut guna hampa gas (vacuum cleaner). Supaya telur telur pepijat dan pepijat disedut. Ini meminimakan risiko pepijat untuk terus hidup dan menyelinap diruang bilik tidur kita.

5. Selalulah melakukan aktiviti (Vacuum Cleaner) diruang karpet dan tepian tilam dirumah anda, selepas seminggu pulang daripada bercuti dari luar negara atau dalam negeri. Rumah pun bersih dan kemas sentiasa.

Jika anda telah diserang ganggu Pepijat (Bed Bugs). MAHUKAH Anda, ABS Pest Control tawarkan Servis Basmi Pepijat yang boleh menghapuskan pepijat secara total dirumah anda, menggunakan kaedah yang terkini dan berkesan ?

JAMINAN SERVIS & PULANGAN WANG

Pihak kami dengan segala keyakinan memberikan servis yang terbaik, jika sebaliknya pihak kami akan memulangkan wang yang telah dibayar untuk servis yang terakhir dan juga bayaran awal yang telah dijelaskan kepada kami dalam tempoh 14 hari Jaminan Servis & Pulangan Wang.

Kongsikanlah informasi ini kepada kenalan-kenalan anda, bantu mereka selesaikan serangan Pepijat (Bed Bugs) dirumah mereka. Kongsikan (Share).

Untuk sebarang pertanyaan tentang kawalan serangga dan Pepijat (Bed Bug).

Tanya lanjut >>> 019 212 8081 ( Lynda )

Tanya lanjut >>> 012 591 5916 ( Zura )

Atau Isi dan hantar borang sebut harga di bawah.

Anda Hadapi Masalah? Dapatkan Sebut Harga Sekarang!

Share This