
SERVIS kami
ABS PEST CONTROL MEMBERI FOKUS UTAMA KEPADA KHIDMAT KAWALAN SERANGGA PEROSAK AM SEPERTI TIKUS, CICAK, LIPAS, SEMUT, DAN KUTU.
KAMI JUGA ADALAH PAKAR DALAM MASALAH ANAI-ANAI (TERMITE) UNTUK TAPAK BINAAN (PRE & POST-CONSTRUCTION) DAN JUGA KEDIAMAN SEDIA ADA.
DALAM MASA SAMA, KAMI JUGA MENYEDIAKAN KHIDMAT SEMBURAN ANTI-VIRUS & BAKTERIA.
Jaminan perkhidmatan
Periksa
Juru khidmat Pest Control kami adalah professional yang terlatih. Kami menjalankan proses pemeriksaan mengikut Standard Operation Protocol (SOP) yang di perakui oleh industri.
Juru khidmat kami menggunakan bahan terkawal dan alatan yang berteknologi tinggi.
servis
Buat makluman, ABS Pest Control memberikan services inspection secara percuma kepada pelanggan baru (**mengikut terma & syarat).
Fokus kami adalah untuk mengenal pasti isu sebenar di sebalik masalah pelanggan sebelum mengesyorkan solusi yang bersesuaian.
hapus
Kami akan pastikan setiap masalah pelanggan selesai berdasarkan jadual yang diberikan. Seandainya berlaku perkara yang sebaliknya, apabila kami gagal menghapuskan masalah pelanggan - Jaminan servis ulangan akan dilakukan secara percuma!

Apa yang anda perlu tahu!

Servis Serangga Am – Integrated Pest Control Management (IPCM)
Servis Serangga AM (IPCM) adalah servis secara intensif untuk mengawal dan membasmi serta mencegah serangga seperti, lipas, semut, dan tikus. Pengusaha restoran atau café dan makanan adalah digalakkan untuk mendapatkan Servis Serangga AM (IPCM) ini, ianya lebih kepada servis komprehensif dengan penyediaan dokumentasi serta laporan bulanan berkala disediakan untuk rujukan pihak berwajib seperti Majlis Perbandaran dan Jabatan Kesihatan Malaysia. Penggunaan racun makhluk perosak yang berkualiti dan mendapat kelulusan Jabatan Pertanian digunapakai mengikut standard piawaian industri. Servis Serangga AM (IPCM) menyediakan:
- Minima kontrak satu tahun (IPCM)
- Sijil Servis Serangga AM (IPCM)
- Sebuah fail rujukan IPCM
Servis ini ditawarkan untuk minima kontrak servis satu tahun. Ia dilakukan berkala sebulan sekali untuk kebanyakkan pelanggan komersial, restoran dan cafe serta sektor perhotelan dan resort.

Servis Serangga nyamuk
Semburan asap kabus (fogging) dilakukan di dalam dan di luar premis bersama dengan bahan kimia untuk membunuh nyamuk yang berkeliaran.
Servis ini boleh dilakukan sekali servis atau berkala setiap dua bulan minima untuk pelanggan individu dan berkala sebulan sekali untuk pelanggan komersial.
Penggunaan racun makhluk perosak yang berkualiti dan mendapat kelulusan Jabatan Pertanian digunapakai mengikut standard piawaian industri.

Sistem Pencegahan Anai-Anai [Pre-Constructions]
Sistem Pencegahan Anai-Anai (Pre-Constructions) adalah sistem di mana kerja-kerja pencegahan anai-anai dilakukan semasa bangunan sedang di awal pembinaan.
Semburan dan pengepaman bahan kimia akan dilakukan semasa struktur bangunan sedang dibina sebelum tapak bangunan dikonkritkan dengan simen.
Pihak kontraktor bangunan diwajibkan untuk melaksanakan prosedur ini supaya serangan anai-anai dapat dielakkan setelah bangunan siap dibina.
Ianya mempunyai pilihan Jaminan Servis 3 tahun / 5 tahun, mengikut bajet pelanggan.
Penggunaan racun makhluk perosak yang berkualiti dan mendapat kelulusan Jabatan Pertanian digunapakai mengikut standard piawaian industri.

Sistem Pencegahan Anai-Anai [Post-Constructions]
Sistem Pencegahan Anai-Anai [Post-Constructions] adalah sistem di mana kerja-kerja pencegahan anai-anai dilakukan setelah bangunan siap dibina.
Penggerudian, pengepaman dan semburan bahan kimia akan dilakukan dipremis yang telah diserang anai-anai samada di dalam atau di luar.
Ianya adalah teknologi konvensional melibatkan penggunaan bahan kimia dan penggerudian di atas lantai bangunan.
Ianya mempunyai pilihan Jaminan Servis 3 tahun / 5 tahun, mengikut bajet pelanggan.
Penggunaan racun makhluk perosak yang berkualiti dan mendapat kelulusan Jabatan Pertanian digunapakai mengikut standard piawaian industri.

Sistem Pemantauan Anai-Anai [EXTERMINEX]
ABS Pest Control merupakan Exterminex Elite Partner (EEP), iaitu pembekal rasmi bagi EXTERMINEX Australia bagi pasaran di Malaysia.
Untuk maklumat lanjut layari
http://www.exterminex.com.au/exterminex.html

Servis Basmi Bakteria & Virus COVID19
Sesuai sangat untuk :
+ Kenderaan | kereta, van, bas, kapal terbang, kapal laut, feri
+ Rumah | bilik tidur, ruang tamu, dapur, tandas
+ Pejabat | bilik mesyuarat, bilik pejabat, pantri, tandas
+ Hospital & Klinik | bilik pembedahan, bilik rawatan, tandas
+ Pusat Agama | Masjid, Surau, Gereja, Kuil

Sistem Pemantauan Anai Anai Dalam Tanah (Exhibit A)
