FAQ

ABS PEST CONTROL MERUPAKAN SEBUAH SYARIKAT PROFESSIONAL DALAM PERKHIDMATAN MEMBASMI MAKHLUK DAN SERANGGA PEROSAK, KETAHUI SOALAN LAZIM SERVIS KAMI.

BERIKUT ADALAH BEBERAPA SOALAN LAZIM YANG BIASA DI TANYA OLEH PROSPEK DAN PELANGGAN YANG MENGGUNAKAN PERKHIDMATAN KAMI.

SOALAN-SOALAN LAZIM (FAQ)

Mengapa saya perlu lakukan pemeriksaan percuma?

Kebiasaannya pelanggan akan bertanya tentang kos. Namun setiap rumah atau individu mempunyai masalah yang berbeza. Selepas melakukan pemeriksaan barulah kami dapat menentukan kos.

Boleh kah saya menyembur sendiri atau melakukan kawalan serangga sendiri?

Anda tidak digalakkan untuk melakukan sendiri semburan terutamanya dengan menggunakan produk yang berlambak di pasaran kerana ia tidak dijamin efektif dan mungkin tidak selamat untuk kanak-kanak, haiwan dan orang dewasa.

Mengapa saya patut melantik Pakar Kawalan Serangga?

Dengan menggunakan servis ABS Pest Control anda dapat menjimatkan masa dan tenaga. Bukan itu sahaja pasukan kami terdiri daripada pakar yang berpengalaman dan terlatih. Oleh sebab itu, mereka dapat memberi servis yang terbaik dan selamat.

Adakah produk yang digunakan selamat untuk manusia dan haiwan?

Produk dan peralatan yang digunakan adalah disahkan dan berkualiti. Selain itu pakar kami memiliki kemahiran tinggi di dalam mengendalikan peralatan dan produk.

Mengapa saya harus memilih ABS Pest Control?

Antara sebab anda harus memilih ABS Pest Control adalah kerana jenama kami yang sudah lama bertapak di Malaysia. Kami turut menyediakan Pemeriksaan Anai-Anai Percuma Bernilai RM300! Malah kami memberi jaminan pulangan wang seandainya servis kami tidak menepati jangkaan.

Anda Hadapi Masalah? Dapatkan Sebut Harga Sekarang!

Share This